Sekolah Kebangsaan Malim, MELAKA

Selamat datang ke laman ini. Moga anda mendapat manfaat daripada lawatan ini...

Statistik Pelawat

Bilangan Pelawat

free counter

Lokasi Anda

Pengikut Blog Ini

Semak 'Senarai Hitam' PTPTN

Masukkan No Kad Pengenalan anda di bawah:

No. Kad Pengenalan: contoh: 700127015814

Data kemaskini sehingga 24 Julai 2009

Semakan 'Senarai Hitam' JPJ

Sila masukkan nombor kad pengenalan ATAU pendaftaran kenderaan. Please enter your identity card OR car registration no.
IC NO :
CAR REGN NO :

Archives

Selamat Berjuang!!!  

Sekolah Kebangsaan Malim, Melaka 2 comments

UPSR menjelang tiba pada 8 hingga 10 September 2009. Selamat berjuang buat semua murid Tahun 6 2009 seluruh Malaysia. Semoga iringan doa ibu bapa dan guru dapat mengembalikan serta menaikkan iltizam serta jati diri untuk membuktikan yang anda semua BOLEH melakukan yang TERBAIK dalam UPSR 2009.

Jadilah yang terbaik antara yang terbaik!!!

Sekolah Ditutup  

Sekolah Kebangsaan Malim, Melaka 0 comments

Sekolah Kebangsaan Malim ditutup mulai 7.8.2009 sehingga 13.8.2009. Sekolah akan dibuka semula pada 14.8.2009. Ini adalah kerana simptom-simptom yang terdapat pada pelajar yang memungkinkan adanya kesan daripada Influenza H1N1. Semua murid diwajibkan mematuhi segala panduan kuarantin yang dikenakan.

10 Panduan Kuarantin di Rumah

10 langkah yang perlu dilakukan semasa kuarantin di rumah seperti garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

  1. Anda perlu berada di rumah sepanjang tempoh kuarantin yang ditetapkan (seboleh-bolehnya duduk dalam bilik berasingan dari ahli keluarga yang lain).
  2. Anda tidak dibenarkan keluar dari rumah sama ada untuk bertugas, pergi ke sekolah, tuisyen, rumah ibadat, majlis makan, kenduri, membeli-belah dan lain-lain aktiviti atau mana-mana tempat awam.
  3. Kurangkan pertemuan dengan rakan atau saudara mara dan elakkan dari hadir di tempat awam.
  4. Pantau suhu badan (demam) dan tanda-tanda jangkitan setiap hari sepanjang tempoh kuarantin.
  5. Dapatkan bantuan saudara mara atau rakan bagi memperolehi keperluan harian jika tinggal bersendirian.
  6. Catatkan nama, nombor telefon dan alamat saudara mara, rakan atau mereka yang mengunjungi rumah anda.
  7. Segera hubungi Pegawai Kesihatan Daerah berdekatan sekiranya mengalami demam atau gejala-gejala lain penyakit.
  8. Ikuti perkembangan semasa mengenai penyakit ini dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, radio, TV dan akhbar.
  9. Amalkan kebersihan diri:
  • Tutup mulut dan hidung dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
  • Kerap membasuh tangan dengan air dan sabun terutama selepas batuk atau bersin. Basuh tangan selepas menyentuh hidung, mulut dan mata anda.
  • Elakkan berkongsi tandas, peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan lain-lain.
  • Pastikan pengudaraan yang baik di dalam rumah
  • Permukaan objek seperti lantai dan meja yang tercemar oleh cecair hidung atau mulut perlu dibersihkan. Gunakan bahan cucian berasaskan klorin (misalnya, chlorox - campurkan 1 bahagian chlorox dengan 49 bahagian air).Jika anda demam, batuk dan mengalami gejala-gejala selesema dan perlu berhubung dengan orang lain, gunakan penutup mulut dan hidung (mask).



Terkini: H1N1 di SK Malim  

Sekolah Kebangsaan Malim, Melaka 0 comments

Pada 6.8.2009 telah diadakan saringan bagi mengetahui statistik bilangan pelajar yang menghidapi simptom-simptom seperti demam, selsema, batuk, sakit tekak, sakit kepala. Keputusan adalah seperti berikut:

Jumlah Pelajar : 1102 orang
Bilangan Pelajar tidak Hadir : 158 orang
Bilangan Pelajar Hadir dan mempunyai simptom yang dinyatakan : Lebih daripada 500 orang.

Sehubungan itu, pihak pentadbir sekolah menghubungi Klinik Kesihatan Daerah untuk memaklumkan perkara tersebut. Pihak perubatan juga bersetuju untuk hadir memberikan ujian saringan kepada pelajar.

Peperiksaan Selaras Ujian Berkala 3 dan Percubaan UPSR diadakan seperti berikut:

Tarikh : 4 Ogos 2009 hingga 6 Ogos 2009.
Tempoh : 3 Hari.


Selamat menjawab soalan peperiksaan dan selamat berjaya buat semua warga SK Malim!!!!

Pendidikan Khas Menempa Kejayaan!!!  

Sekolah Kebangsaan Malim, Melaka 0 comments

Pada 21 Julai 2009, telah diadakan Pertandingan Bowling Pendidikan Khas Kawasan Tanjung. Pertandingan yang berlangsung di Mahkota Bowling Centre Mahkota Parade, Banda Hilir ini telah menyaksikan peserta-peserta Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran beradu tenaga untuk mendapat tempat dalam kalangan peserta yang mewakili sekolah masing-masing bagi peringkat kawasan Tanjung.
Bagi SK Malim, beberapa orang peserta telah berjaya mendapat tempat dalam pertandingan tersebut dan akan mewakili kawasan Tanjung ke peringkat Negeri Melaka. Mereka ialah :
  1. Ahmad Syuaib Bin Muhammad
  2. Muhd. Rahmad Bin Norezan
  3. Nurin Iman Binti Roslan
Tahniah diucapkan kepada mereka kerana mengharumkan nama Sekolah Kebangsaan Malim

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)  

Sekolah Kebangsaan Malim, Melaka 0 comments

Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) telah diadakan pada 25 Julai 2009. Program ini diadakan bertempat di Bilik Gerakan SK Malim. Antara pengisian program ialah:

  1. Ceramah Perbankan Islam oleh wakil Bank Mualamat
  2. Pengurusan Jenazah Islam
Program yang dihadiri oleh semua guru ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga SK Malim. Semoga semua warga kerja SK Malim mendapat manfaat daripada program ini.Ceramah Pengurusan Jenazah oleh Ustaz Isa Bin Hamid dari Pusat Kokurikulum Melaka

Program Mingguan (Bacaan Yasin)  

Sekolah Kebangsaan Malim, Melaka 0 comments

Pada setiap hari Jumaat, para pelajar berkumpul di tapak perhimpunan bersama-sama guru untuk menjayakan program mingguan bacaan Surah Yasin. Program ini yang telah dimulakan sejak tahun 2006 ini bermula pada jam 7.30 pagi. Program yang mengambil masa lebih kurang 15-20 minit ini mendapat sambutan menggalakkan daripada persatuan Ibu Bapa dan Guru. Bagi murid-murid bukan Islam pula, Program Pendidikan Moral diadakan di perpustakaan sekolah oleh guru-guru Pendidikan Moral.

Pautan Kementerian Pelajaran Malaysia

  • ePayment
  • Portal EMIS
  • HRMIS
  • Sistem Pertukaran Guru Antara Negeri Secara Online
  • Sistem Aduan Pelanggan
  • Semakan Cek/EFT Batal
  • Portal EPS
  • EDU WebTV
  • Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
  • Berita Harian : Mutakhir

    Berita Harian : BeritaUtama

    Berita Harian : Nasional

    Perisian Percuma Terkini

    Top 10 Perisian