Sekolah Kebangsaan Malim, MELAKA

Selamat datang ke laman ini. Moga anda mendapat manfaat daripada lawatan ini...

Statistik Pelawat

Bilangan Pelawat

free counter

Lokasi Anda

Pengikut Blog Ini

Semak 'Senarai Hitam' PTPTN

Masukkan No Kad Pengenalan anda di bawah:

No. Kad Pengenalan: contoh: 700127015814

Data kemaskini sehingga 24 Julai 2009

Semakan 'Senarai Hitam' JPJ

Sila masukkan nombor kad pengenalan ATAU pendaftaran kenderaan. Please enter your identity card OR car registration no.
IC NO :
CAR REGN NO :

Archives

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)  

Sekolah Kebangsaan Malim, Melaka 0 comments

Program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) telah diadakan pada 25 Julai 2009. Program ini diadakan bertempat di Bilik Gerakan SK Malim. Antara pengisian program ialah:

  1. Ceramah Perbankan Islam oleh wakil Bank Mualamat
  2. Pengurusan Jenazah Islam
Program yang dihadiri oleh semua guru ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga SK Malim. Semoga semua warga kerja SK Malim mendapat manfaat daripada program ini.Ceramah Pengurusan Jenazah oleh Ustaz Isa Bin Hamid dari Pusat Kokurikulum Melaka

Program Mingguan (Bacaan Yasin)  

Sekolah Kebangsaan Malim, Melaka 0 comments

Pada setiap hari Jumaat, para pelajar berkumpul di tapak perhimpunan bersama-sama guru untuk menjayakan program mingguan bacaan Surah Yasin. Program ini yang telah dimulakan sejak tahun 2006 ini bermula pada jam 7.30 pagi. Program yang mengambil masa lebih kurang 15-20 minit ini mendapat sambutan menggalakkan daripada persatuan Ibu Bapa dan Guru. Bagi murid-murid bukan Islam pula, Program Pendidikan Moral diadakan di perpustakaan sekolah oleh guru-guru Pendidikan Moral.

Program RIMUP  

Sekolah Kebangsaan Malim, Melaka 0 comments

RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran. Matlamat Rimup adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mapu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

Sehubungan itu, satu Program RIMUP telah diadakan pada 16 Julai 2009. Program ini menggabungkan 2 buah sekolah iaitu SK Malim dan SJKC Malim. Program yang disertai lebih daripada 80 orang murid serta guru ini telah berkampung di Rumah Seri Kenangan Cheng. Pelbagai program diadakan di situ. Antara program yang dijalankan ialah gotong-royong, semai budi, anak cucu dan penerangan daripada kakitangan di Rumah Seri Kenangan Cheng tersebut. Program ini tamat pada jam 5 petang. Adalah diharapkan agar semua peserta dapat menambah pengalaman yang amat berharga ini dan dapat menjadi insan yang mempunyai sifat-sifat moral yang baik dan terpuji.


Minggu Bahasa Melayu  

Sekolah Kebangsaan Malim, Melaka 0 comments

Pada tanggal 13 Julai 2009, Program Minggu Bahasa Melayu telah dilancarkan dengan jayanya oleh Guru Besar, Pn. Hjh Noor'aini binti Ahmed. Program ini bertujuan melatih murid-murid dalam pelbagai bidang bahasa melalui pertandingan yang diadakan. Pertandingan-pertandingan yang diadakan ialah:

Tahap 1
Melengkapkan pantun
Membina ayat
Tulisan cantik
Bercerita

Tahap 2
Pidato
Mendeklamasi Sajak
Pertandingan Pantun

Pada tarikh 6 Julai 2009, Program Anti Buli peringkat sekolah telah dilancarkan bertempat di dataran perhimpunan Sekolah Kebangsaan Malim. Program ini telah dilancarkan oleh Ketua Polis Balai, Balai Polis Malim, Melaka. Sarjan Hussin Bin Lambak.
Program Anti Buli ini diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran murid mengenai salah laku buli dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. Dalam ucapannya, beliau menasihatkkan murid mengenai risiko dan masa depan pelajar sekiranya terjebak dalam gejala buli ini. Pelajar-pelajar turut dimaklumkan mengenai beberapa situasi buli yang sudah menjadi 'trade mark' bagi pelajar-pelajar sekolah di Malaysia.
Dalam pada itu, Sekolah Kebangsaan Malim telah melantik dan mengiktirafkan beberapa orang pelajar sebagai Duta Anti Buli. Mereka ialah :
Semoga dengan perlantikan mereka sebagai Duta Anti Buli ini akan memberikan pengalaman supaya membimbing rakan supaya tidak terlibat dalam gejala buli.

Pautan Kementerian Pelajaran Malaysia

  • ePayment
  • Portal EMIS
  • HRMIS
  • Sistem Pertukaran Guru Antara Negeri Secara Online
  • Sistem Aduan Pelanggan
  • Semakan Cek/EFT Batal
  • Portal EPS
  • EDU WebTV
  • Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
  • Berita Harian : Mutakhir

    Berita Harian : BeritaUtama

    Berita Harian : Nasional

    Perisian Percuma Terkini

    Top 10 Perisian